Formula yang diamalkan fasa pertama:
Basic Energy
Sinar
Tea Tree
Seri Wajah
Alga set for woman
Khalifatul Azura Khalid
azura@delcom.com.my
the miracle of ice

Konsep Secara Umum:
Multi Disiplin Seni Sains Kehidupan Melalui Falsafah Kesihatan secara menyeluruh berasaskan kepada konsep Energi Bio-Fizik dan berteraskan praktisi Islamik dalam pelbagai dimensi yang bersifat infiniti tetapi mutlak dengan garapan teknik perubatan tradisional Melayu.
Falsafah Ilmu Dalam Kehidupan Sebenar
CVT mengambil pendekatan sains fizik di dalam membongkar keunikan hukum alam dalam perawatannya yang antara lain menekankan aspek-aspek berikut:
Penyembuhan penyakit mencakupi empat faktor mewakili unsur setiap individu
Perawatan 4 dalam 1 iaitu Pertahanan, Kelegaan, Pencegahan dan Penyembuhan
Konsep rawatan melalui deria luaran iaitu reseptor kulit
Pengambilan peranan getaran mengikut kesesuaian pada waktu amplitud
Aplikasi gelombang bagi tujuan kestabilan pada tenaga hayat semulajadi tubuh. Aplikasi mengunjur getaran tenaga pada bunga, buah, dedaun, kulit, akar dan tumbuhan melalui ukuran cahaya, warna dan bunyi dan pemilihan tenaga yang resonan sebagai gema yang berfrekuensi sangat rendah dan konsisten.
Pengukuran masa atau waktu dengan mengenalpasti sempadan warna, peralihan warna dan pertembungan warna di dalam rahsia cahaya yang wujud sepanjang hari.
CVT mengkaji dan menemui 4 unsur sebagai rahsia alam yang paling besar atau dominan dan menyesuaikan dengan diri manusia sebagai pengimbang secara keseluruhan iaitu:-
• Angin sebagai rahsia Nitrogen (Warna diri putih)
• Api sebagai rahsia Oksigen (Warna diri merah jambu)
• Air sebagai rahsia Hidrogen (Warna diri hijau)
• Tanah sebagai rahsia Karbon (Warna diri biru)

Carta Warna Diri
Setiap manusia memegang satu daripada rahsia di atas sebagai kekuatan tenaga yang melengkapkan kejadian alam. Ia disebut “Level”(Tahap) atau “Warna” diri.
CVT juga menemukan rahsia tenaga bunga-bungaan, garam dan ais yang berperanan besar dalam keseimbangan alam semesta termasuk manusia.
CVT dengan terapi getaran warna adalah menyingkap berbagai rahsia cahaya dan bunyi. Dua unsur cahaya iaitu bulan dan matahari amat banyak menemukan jawapan berbagai persoalan yang relevan dengan tenaga yang kita miliki. Unsur atom dalam cahaya dapat mengaktifkan sel-sel tubuh dengan cara meneutralkan gelombang elektromagnetik dan elektrokimia yang tercemar daripada berbagai radiasi dan keracunan.
CVT dalam rawatannya menangani penyakit adalah dengan mengenali warna dalam perspektif penyakit. Ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak tanduk setiap individu berkait rapat dengan inspirasi warna. Umpamanya ramai yang menyukai warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran tetapi tanpa disedari itulah lambang kelemahan tenaga yang sedang dilaluinya.


Carta Gelombang Warna Mengikut Waktu Alam dan Kaitan Formula NW

Carta Warna Hari Secara Bio-Fizik


Dimensi Aura Menurut Definisi CVT
Aura ataupun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup.
Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa. Aura adalah sebuah medan energy atau tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu mempunyai tugas masing-masing. Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu.
Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang.
Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya.
Untuk mendapat imej aura yang bermutu tinggi, gerakan dalam sembahyang menerusi rahsia berdiri tegak dan gerakan rukun yang lain akan memerangkap cahaya daripada gelombang yang bergerak dan terpancar di dalam satu garisan lurus melalui tulang belakang. Justeru ibadah sembahyang atau solat di dalam Islam yang dipelihara rukun menurut kedudukan tegak dan lurus pada sudut-sudut yang tepat (contohnya ketika rukuk) amat relevan dengan kajian dan pendedahan dimensi aura sebagai salah satu juzuk atau elemen cahaya yang mengisi ruang alam semesta. Inilah sedikit rahsia atau hikmah ibadah yang amat bernilai kepada manusia yang menghayatinya.
Wap-Wap Air Dan Cahaya Terang-Benderang
Hukum cahaya terang-benderang di dalam alam bumi ini berbanding dengan planet-planet lain sebenarnya terletak di dalam rahsia kandungan air (laut) yang memiliki unsur oksigen, nitrogen, hidrogen dan karbon dioksida. Unsur-unsur ini sebenarnya terdapat dalam pusingan lengkap tubuh manusia yang dicipta daripada air dan tanah.
Wap-wap air atau aura di persekitaran tubuh manusia yang cantik, terang dan bercahaya adalah seumpama kejadian pelangi yang cantik sebagai menggambarkan tubuh manusia yang sejuk di sebelah luar dan panas di bahagian dalamnya sebagai tanda aura atau warna-warna keceriaan. Akan tetapi aura-aura atau pelangi yang malap tidak bercahaya dan pudar bermakna air di luar tubuh bertukar menjadi panas manakala suhu darah bertukar menjadi sejuk. Itu adalah tanda kesihatan yang kurang baik. Kesan semula jadinya didapati suhu tulang turut bertukar menjadi panas.
Sistem suhu mengikut lapisannya yang normal, sepatutnya darah bersifat panas dan tulang bersifat sejuk. Aura di bahagian luar tubuh juga harus dalam keadaan sejuk untuk menggetarkan pusingan elektron mengikut landasannya yang tepat.
Kesan Psikologi dan Ketidakseimbangan Aura
Untuk melihat sendiri bagaimana rupanya aura diri atau seseorang, salah satu kaedah moden ialah melalui penggunaan kamera aura yang digunakan oleh mereka yang menggunakannya secara komersial iaitu pengusaha kedai-kedai kristal namun, komen atau hasil laporan yang dikemukakan tidak menepati maksud yang lebih jelas dan konkrit, atau hanya untuk mendapatkan keuntungan material. Justeru anda dinasihatkan untuk hanya mengambil gambar aura diri anda dan dapatkan komen daripada mereka yang benar-benar pakar dan memahami khususnya dalam penerangan secara Islamik. Biarpun begitu, terpulanglah kepada anda untuk melihat aura diri anda atau memahaminya menerusi penjelasan di ruangan ini.
Dalam CVT sekiranya warna aura kelihatan terlalu banyak pada diri seseorang, itu bermakna organ-organ dalamannya sedang mengalami kebocoran tenaga atau mengalami penyakit. Ini amat bertentangan dengan pendapat golongan atau kumpulan lain yang menjelaskan aura menurut definisi mereka sendiri, atau mungkin menurut kajian di dalam ruang keagamaan masing-masing.
Di dalam Islam, setiap diri manusia merupakan kumpulan cahaya atau 'nur' yang memiliki ukuran gelombang tersendiri yang dizahirkan sebagai watak, tingkahlaku, perangai dan psikologi dirinya. Manakala setiap psikologi itu pula bernaung pada organ-organ tubuh kita yang tertentu. Ada di kalangan individu yang diberikan anugerah mampu melihat aura orang lain, tetapi secara asasnya keadaan ini bukanlah sesuatu yang normal, kerana sekiranya seseorang terlalu kerap terlihat aura orang lain, maka yang sebenarnya ia turut mengalami kebocoran tenaga, atau lebih mudah, berpenyakit. Haiwan adalah makhluk pada tahap 'spiritual' yang dapat melihat aura manusia, sebahagian daripadanya cukup cepat mengesan aura seseorang yang cukup hebat, bertenaga, dalam kawalan diri dan sihat secara keseluruhannya.
Apabila cahaya dalaman diri seseorang tidak stabil atau seimbang, ini akan memberi kesan psikologi sepertimana berikut:-
Putih – jika berlebihan (menyelubungi orang itu), ia bererti hilang kemahuan diri, tiada semangat meneruskan kehidupan, lesu yang amat sangat, tiada ketahanan diri, mudah tercemar. Ia juga tanda akan meninggal (jika tiada warna lain selain putih). Putih seharusnya berada di luar di bahagian atas kepala berlatarkan gelap.
Pink/Merah Jambu – jika berlebihan bererti kesepian, sedang dilamun cinta, kerinduan yang mendalam, trauma bercinta atau putus cinta yang meninggalkan kesan penderitaan. Mengambil sedikit makanan yang pahit dapat membantu mengimbangkan pink.
Violet/Ungu – jika berlebihan bererti mempunyai nafsu makan yang kuat. Rahsia emosi - tahap otak. Kesunyian, bernafsu tinggi, sensitif, perasa, murung, tidak bernasib baik, sentiasa dirundung malang, tidak menghargai diri sendiri – mengutuk diri sendiri, hancur dengan pujian.
Indigo – jika berlebihan dia berada dalam tekanan, tidak tenteram.
Biru – jika berlebihan, cita-cita yang tidak kesampaian tetapi jika biru itu seimbang, ia mempunyai visi yang tinggi dan luas, cita-cita yang tinggi, mempunyai kebijaksanaan, penuh pengharapan, jauh pandangan serta fikiran yang terbuka.
Hijau – menandakan perasaan rendah diri keterlaluan. Amat pemalu ataupun sebaliknya. Tidak yakin diri sendiri ataupun sebaliknya. Perasaan berani dan penyabar tetapi apabila ia terguris perasaan, akan menjadi pendendam, bengis serta geram.
Kuning – bekisar pada logik, material (kebendaan). Banyak menggunakan kuasa, akal, bijak, cerdik, berkira-kira, cermat atau terlalu boros. Jika kuning berlebihan, orangnya penuh dengan perasaan was-was, syak wasangka, dengki khianat atau penyakit pada hati.
Oren – jika berlebihan, dia bersikap melulu, gelojoh, panas baran yang cepat. Amat cepat menyesal dengan perbuatan yang lepas. Terlalu mudah hilang pertimbangan pada diri. Suka kepada makanan masam atau langsung tidak suka pada makanan masam. Terlalu asidik (berlebihan), kedinginan seksual, lemah hormon seksual dan cepat klimaks. Banyak terjadi pada wanita. Haruslah waspada dengan sikap-sikap yang negatif seperti dinyatakan kerana jika berlarutan, ia akan memakan diri sendiri.
Merah – warna merah yang berlebihan ruang dalaman dan atasan bererti tanda keletihan, hilang tenaga, lemah pergerakan, cepat lenguh, kesakitan, hilang deria sentuhan, bisa-bisa otot, saraf serta tulang. Amat berkait rapat dengan fizikal. Berlebihan merah juga menandakan ketakutan yang luar biasa, gemuruh, panik dan panas baran. Petanda ada masalah gout, darah tinggi, otot, tulang, saraf dan penyakit seperti buasir.

Semua formula yang dihasilkan sebenarnya tidak diklasifikasikan sebagai ubat. Formula ini telah dipertenagakan secara konsep kelajuan cahaya dan getaran bunyi yang dihantar kepada system kelenjar untuk memproses semula keperluan enzim dan berbagai jenis asid amino semula jadi yang menjadi keperluan sel-sel yang telah mengalami kepincangan atau ketidakseimbangan.
Ia bukanlah penawar, kerana penawar semula jadi sebenarnya telah sedia ada di dalam tubuh setiap individu itu sendiri yang merupakan racun atau toksin yang telah lama terpendam dan terbeban di dalam organ hati. Di dalam menyelesaikan masaalah ini, formula CVT akan menjana dan menyeimbangkan semula kerja asal dan asas bagi setiap sel yang disasarkan melalui aktiviti output/keluaran dengan menggunakan semula segala bentuk bebanan keracunan sebelum ditukar menjadi tenaga yang boleh digunakan sebagai keperluan asas sel (Penawar semula jadi yang bertindak sebagai antidot).
CVT memegang teguh prinsip yang menyatakan bahawa setiap racun itu adalah juga penawarnya. CVT cukup yakin bahawa sel-sel asas (sehingga nukleusnya) tubuh perlu dikembalikan semula getaran bunyi yang menjadi asas kepada tenaga hayat semula jadi setiap manusia.
Pengamalan konsep ini adalah bertujuan untuk menolak kefahaman dengan ketaksuban kepada ubat-ubatan yang dicipta itulah menjadi penyebab kepada penyembuhan sesuatu penyakit. Keadaan ini sebenarnya akan menimbulkan sifat ‘riak’ dan ‘taksub’ kepada seseorang atau individu yang merawat yang sebenarnya adalah suatu bentuk penyakit dan tenaga yang tidak seimbang di dalam tubuh.
Kefahaman dan sifat seumpama ini boleh mendatangkan kelemahan dan kemudaratan ke atas kesucian akidah dengan kepercayaan bahawa Maha Pencipta, Allah yang Maha Berkuasa menyembuhkan.
Aspek formula CVT:
Formula CVT bersifat semula jadi serta 100 peratus bebas daripada bahan kimia atau bahan aktif yang boleh membawa kepada tindakbalas kimia berbahaya atau keracunan di dalam tubuh samaada jangka panjang atau sebaliknya.
Tidak menggunakan bahan-bahan daripada haiwan atau sumber hayat yang aktif kerana bahan-bahan kimia yang aktif dan terlalu aktif akan menimbulkan kesan sampingan yang berat. Ini membuatkan CVT mengubah kaedah dengan meniru frekuensi sesuatu bahan yang bersamaan dengan frekuensi tenaga cahaya dan getaran bunyi di dalam tubuh manusia
Frekuensi tersebut akan bergetar menurut keseimbangannya selain mempunyai warna tertentu bagi membentuk keseimbangan serta-merta pada bahagian tubuh yang tidak seimbang melalui penggunaan yang kerap dan konsisten
CVT memiliki teknologi memerangkap, meniru dan merakam semula pelbagai bentuk getaran dan gelombang daripada sumber seperti bunga-bungaan, kristal, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain, adunan secara sistematik 7 jenis pati bunga-bungaan di dalam satu pati bunga dikenali sebagai Aromatherapy Vibration atau Seri Wajah sebagai medium dengan tenaga magnetik yang berupaya meneutralkan pelbagai keasidan, keracunan dan jangkitan melalui pelbagai bentuk getaran dan frekuensi tertentu yang harmoni.
CVT juga dengan teknologi memerangkap pelbagai bentuk tenaga dengan konsep keseimbangan menggunakan tahap tenaga yang rendah/kecil, tetap dan konsisten dengan kelajuan yang tinggi serta berfrekuensi rendah sehingga di bawah 6 Hertz sebagai bentuk tenaga yang amat semula jadi.

"Penyelesaian masalah suara kini telah ditemui "
Dan mengukuhkan Daya INGATAN!!!
PRODUK TERBUKTI, BERKESAN
BERITA BAIK , dan Amat sesuai untuk:
Rakaman gelombang berfrekuensi rendah yang konsisten dalam formula dengan konsep aromaterapi yang pertama seumpamanya ini merupakan tenaga yang suci lagi murni untuk keperluan berbagai peringkat usia.
KESAN YANG MENAKJUBKAN
Ramai yang telah mencuba formula Vocal Modulator ini dan merasai kesan yang positif, mereka lebih....
Suara merupakan tenaga bunyi dengan getaran yang mempunyai ukuran gelombang tertentu hasil daripada tekanan udara dari dalam binaan rongga tubuh, malah melibatkan seluruh tubuh secara praktikal.
Aliran udara yang wujud di dalam paru-paru secara pernafasan akan dilaras-haluskan oleh korda vokal iaitu kumpulan unit-unit neuromuskular bagi kawalan nada suara melalui pengubahsuaian posisi dan tekanan tertentu. Mukosa yang terdapat di dalam korda vikal menghasilkan getaran dalam penghasilan suara. Justeru, sebarang perubahan keadaan, keradangan atau kecederaan pada korda vokal boleh menjejaskan penghasilan kualiti suara dan seluruh sistem tubuh.
Formula ini dihasilkan untuk meningkatkan tekanan udara di bahagian subglotis ( subglottic) yang merangsang korda vokal supaya terbuka semula untuk pernafasan atau pembebasan udara yang lebih selesa dan mudah dengan kebolehan kontraksi otot toraks dan dinding abdomen.
"Bunyi suara mampu menguasai ruang tanpa batasan. Penyampaian fakta ilmiah yang terjalin dan terbentuk melalui kekuatan dan keseimbangan suara berupaya menterjemah sesuatu sebagai kejadian. Ilmu yang disuarakan dapat membentuk.... " Prof Emeritus Dr Sir Norhisham Wahab, Dekan Faculty Universal Science of Colours.Pengawalan salur udara sewaktu respirasi akan membenarkan proses pola pernafasan yang seimbang sewaktu pengulangan mengeluarkan suara yang tinggi.
Mekanisma getaran memerangkap tekanan udara di bahagian subglotis sebelum ditingkatkan semula dan corak getaran vokal akan berulang untuk mengeluarkan bunyi lantang dan sangat bergema.
Perubahan getaran tenaga bunyi pada bahagian faring juga menentukan bunyi pertuturan. Mass limfa dalam gegelang Waldeyer sangat memainkan peranan dalam sistem imun tubuh , khususnya pada kotak suara dan seluruh bahagian mulut dan tekak.
Resonator dan frekuensi suara
Frekuensi asas bunyi pada individu ditentukan oleh saiz alat resonannya ( resonator ) dan ini adalah khas kepada individu tertentu. Tetapi formula ( SW resonans bunyi ) dan asas suara dapat mengubah bakat dan kemampuan ini kepada sesiapa yang mengambilnya mengikut kemahuannya yang kuat.
Alat resonans yang merangkumi paru-paru, faring, kaviti mulut, kaviti hidung dan sinus serta pengubahsuaian oleh lidah, gigi bibir dan lelangit bagi mewujudkan pertuturan dalam berbagai nada semasa menyanyi.
Suara dan sistem tubuh
Di dalam tubuh , sistem pengeluaran suara yang melibatkan bahagian tiriod amat berkait rapat dan menjurus kepada sistem komunikasi luaran dan dalaman. Komunikasi luaran melibatkan hubungan dengan alam sekeliling termasuk manusia, manakala dalaman melibatkan hubungan atau interaksi yang lebih kompleks di antara organ malah setiap sel tubuh.
Kaedah Penggunaan:
Gunakan setitik bersama air sejuk dan disapu ke seluruh wajah sehingga ke ubun-ubun, di belakang telinga dan di bawah dagu, serta boleh juga dibuat mandian dan diminum. Ulangkan sekerap mungkin untuk kesan yang maksimum. Penggunaan yang konsisten terutama bagi tempoh tujuh hari pertama amat dititikberatkan.
VOCAL MODULATOR MEMBANTU MENGATASI MASALAH BERIKUT:
Untuk rawatan penyakit berkaitan, sila ambil 15 minit atau setengah sehingga perubahan dirasakan. Teruskan 3 hari berturut-turut.
Formula untuk semua, lelaki dan wanita serta kanak-kanak. TERBUKTI, BERKESAN.

"Gabungan Haruman dan Cahaya"
Formula yang dihasilkan daripada gabungan tenaga warna melalui spektrum warna. Gelombang yang terukur merupakan kumpulan nilai yang membentuk sinar, seumpama cahaya mentari yang menyinari alam.
Secara asasnya, formula dalam bentuk sukros ini seperti juga formula NW bertindakbalas melalui rangsangan deria rasa pada lidah yang mengaktifkan elektron-elektron di dalam tubuh khususnya di perut supaya mencetuskan sinar. Ini merupakan suatu peringkat di mana semua nutrisi yang diambil daripada pemakanan akan ditukar menjadi tenaga yang dapat digunakan oleh otak sehingga meminimakan pembaziran malah lebihan atau bebanan yang menjadi keracunan.
Formula sinar diperlukan khususnya bagi mereka yang telah mengalami berbagai jenis penyakit atau gangguan kesihatan di dalam suatu masa. Formula ini mampu menjalankan fungsi pengubahan unsur-unsur di dalam tubuh supaya mencari pasangan-pasangannya yang sesuai bagi membentuk tenaga, dan tenaga yang paling penting dimaksudkan di sini ialah tenaga untuk kekuatan berfikir.
Apabila akal dapat digunakan secara optima di dalam memikirkan persoalan-persoalan yang menuju kepada kefahaman dan kecintaan kepada segala kejadian/penciptaan oleh Allah SWT, maka ketika itu, tubuh pada semua peringkat akan bertumpu kepada suatu titik yang akan mengimbangi keseluruhan sistem dan perjalanan yang cukup teratur dan sistematik menurut hukum keseimbangannya sepertimana yang telah terakam di dalam DNA.
Hasilnya, diri secara lahiriah dan rohaniah berada pada tahap kesihatan yang unggul.
Kaedah penggunaan :
4 - 7 biji setiap setengah jam, perlu dihabiskan dalam lingkungan sehari - tiga hari. Boleh juga diambil sekurang-kurangnya 9 kali sebanyak 4-7 biji dalam sehari, untuk setiap setengah jam

PENGHASILAN :
PRINSIP DAN KONSEP PADA KEISTIMEWAAN 99 FORMULA MAGNETIK DALAM MEMERANGKAP TENAGA BERBAGAI JENIS BUNGA-BUNGAAN.
Apa yang menarik melalui penemuan terbaru ialah, elemen-elemen yang pernah ditemui di dalam alam semesta ini, yang disusun melalui jadual berkala mempunyai persamaan melihat melalui penyusunan dan jumlah Nama-nama Allah SWT yang diketahui sebagaimana dinyatakan di dalam AlQuran. Setiap elemen mempunyai nombor atom yang tersendiri dan disusun menurut simbol selain namanya yang tersendiri. Maka kita mendapati kesemua elemen-elemen tersebut juga terkandung di dalam tubuh kita sebagai satu-satunya penciptaan yang paling sempurna.
Oleh yang demikian tubuh juga menyimpan tenaga magnetik sebagai tenaga asli terakam di dalam tulang belakang. Ini bermakna bagi penyakit yang dialami oleh seseorang, CVT menilai tenaga magnetiknya telah mengalami kepincangan dan perlu diperbetulkan semula melalui kaedah yang dicadangkan. Kita juga telah memahami bahawa setiap elemen mempunyai berat atom, jangka hayat, tenaga dan juga ukuran frekuensi atau getaran berkala. Maka adalah rasional jika kita dapat mencari persamaan tenaga daripada elemen-elemen atom dan digabungkan dengan tenaga bunga-bungaan di dalam formula/remedi/penawar yang dihasilkan.
99 formula yang diprogramkan dengan merujuk kepada ketertiban nombor-nombor atom elemen itu adalah bertujuan membuktikan konsepsi yang lebih jelas daripada fakta bahawa ‘Alllah SWT’ sesungguhnya meliputi segala sesuatu. Penemuan unsur-unsur berbagai elemen yang memiliki jisim-jisim suci lagi bertenaga mengingatkan kita betapa diri amat dekat dengan Maha Pencipta iaitu Tuhan sekalian alam. Maka amat benarlah Pencipta juga yang boleh bertindak terhadap apa yang telah ia ciptakan. Namun ini hanyalah sebahagian daripada ilmuNya yang Maha Luas itu.
Penemuan ini jelas merupakan suatu indikasi tentang kebenaran. Justeru, formula/remedi yang dihasilkan mempunyai kod atau simbol yang baru. Ini digunakan pada setiap botol atau bungkusan formula tersebut.
PERSAMAAN TENAGA 99 ELEMEN UNSUR SEBAGAI PENAWAR
> Merujuk kepada tenaga yang spesifik kepada penyakit tertentu secara kebiasaannya difahami atau diketahui, atau disahkan oleh ahli perubatan lain.
> Penggabungan tenaga (frekuensi) daripada tumbuhan/bunga-bungaan sebagai antidot
> Lebih spesifik kepada rangsangan enzim-enzim di dalam tubuh
> Medium – Sukros dan pati bunga (aromaterapi)
KAEDAH PENGGUNAAN:
SW99 sama seperti Seri Wajah, namun lebih berkesan secara luaran (sapuan/mandian) bersama air dan ais. Pastikan corak pengambilan yang kerap dan berterusan dalam tempoh selangan masa yang sama.
NW99 sama seperti NW1-20, mengikut fasa (kemam)
* Sila hubungi kami atau para pengamal perubatan CVT untuk maklumat lanjut.
Falsafah Formula SW & NW99
Menjana keperluan perubatan dalam era milenia serba mencabar bukanlah satu kerja yang mudah. Keperluan kesihatan yang optima bagi setiap individu seringkali tidak dikaitkan dengan elemen atau unsur lain di sekeliling. Sebenarnya setiap manusia berkongsi ruang dan masa dengan seluruh makhluk atau apa jua elemen atau unsur alam yang lain samaada dapat dilihat, disentuh atau diukur tenaganya.
Fizik kuantum menurut kajian semasa lebih banyak menyentuh elemen atau unsur yang bersifat atom malah lebih halus daripada itu namun tidak dapat dikaitkan dengan banyak lagi unsur-unsur lain yang begitu banyak di dalam ruang alam ini, di mana di sinilah CVT cuba mengenengahkan suatu teori bahawa semuanya saling berkaitan di antara satu sama lain, cuma bergantung kepada kekuatan akal fikiran untuk mengimaginasikannya dan menterjemahkannya dengan perkataan sebelum dipraktikkan untuk sesuatu tujuan.
Kini CVT terus langsung mempraktikkan teori saling berkait atau teori kerelatifan ini dalam penghasilan formula-formula untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Bagaimana ia berlaku?
Apabila kita mula menyampaikan ‘hasrat’ /’niat’/’tujuan’ untuk merawat penyakit yang sedang kita hadapi, ketika itu otak kita akan cuba memproses seberapa banyak maklumat untuk dikumpul dan digabungkan sebagai satu bentuk frekuensi dengan ukuran gelombang tertentu sebagai satu set persamaan tenaga elektrik, magnet, cahaya, warna, bunyi dan gema serta masa yang teratur. Di samping itu, kita juga memerlukan medium atau bahan yang memiliki pasangan tenaga atau frekuensi kepada frekuensi niat tadi untuk digabungkan secara lengkap sebelum boleh memberikan kesan yang diinginkan. Bahan yang digunakan dalam formula ini amat relatif dengan tenaga atau frekuensi yang akan dirakam semula sebelum dipindahkan ke dalam tubuh.
Oleh yang demikian, CVT menyusun atur secara sistematik satu teori yang besar dalam menggabungkan secara serentak eksperimen dan praktikal keelektrikan, kemagnetan, cahaya, warna, bunyi dan gema dalam set persamaan ruang dan masa secara semulajadi.
Formula SW99 & NW99 ini bukan bertindak atau memberi kesan kepada organ tubuh semata-mata malah juga merangsang enzim-enzim yang berbeza pada organ dan sistem kelenjar yang disasarkan. Hasilnya, tenaga dalam ukuran frekuensi yang tertentu apabila dijanakan lagi kekuatannya dengan julat yang berkali-kali ganda maka penyembuhan secara total dengan rintangan paling minima boleh dicapai.
Dapatkan buku Formula 99 untuk rujukan di saat anda memerlukan rawatan segera...
Harga : Rm50.00 setiap satu